Saturday, November 19, 2011

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato Hj Tajul Urus 19/11/2011 di SMK Amanjaya Sg.Lalang




Assalamualaikum...
lama xedit blog ni..tlalu sebok nk wat bnda yg lain2..
skang ni baru je abes game kat sg.lalang..
antar 2 team,Alhamdulillah..dapat la jgk bw blek piala tempat ke 3 dan ke 4..
dan yang paling penting,KRISTAL FC yang dulunya ''belasah'' bdk2 ni masa 2x friendly ari tu tak dapat nk menang semasa di peringkat kumpulan dan semi final.cuma rezeki diorang lebih sebab menang penalti.dalam ni adalah gambar2 player dan piala yang dimenangi..gambar lama2 yang len akan diletakkan kemudian hari..adioss!!

Thursday, October 28, 2010

perlawanan persahabatan under 23

ini plak team under 23 yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan belia under 23 Tmn Sri Pinang yang dilansungkan di Padang Tmn Rhu..Team ni aku gabungkan pemain-pemain dari team under 18 tahun dengan pemain-pemain senior..majoriti pemain adalah dari under 18..Gambar ini diambil sebelum diorang "dibelasah" secara beramai-ramai dengan 5-2..bolos 5 jaringan 2,satu keputusan yang agak menyakitkan kepala aku..tapi aku berpuas hati dengan performance diorang,dan team lawan memang kuat untuk dikalahkan..sekurang-kurangnya diorang dapat pengalaman dari segi persembahan masing-masing..

Wednesday, October 27, 2010

under 18 (2006)

Team ni team first aku handle untuk bawah 18 tahun..diorang yang request nk buat team under kendalian aku..
gambar ini ditangkap sebelum diorang start friendly game dengan team pilihan kg aku..
Dengan 9 jaringan tanpa balas,player-player aku ni menunjukkan yang diorang betul-betul ingin bermain dibawah kendalian seseorang yang akan membawa diorang ke peringkat seterusnya..

Tuesday, September 7, 2010

Pertandingan Bola Sepak Luar Musim Mssm Kedah Peringkat Daerah KMY 2008 Under 10 & Under 11

Under 11
Under 10


Under 10




Sekolah Kebangsaan Tikam Batu under 10 dan 11 menghantar wakil untuk setiap kategori yang dijalankan di SMK Tunku Ismail,Sg.Petani..dengan keputusan akhir bawah 1o tahun hanya mara ke peringkat suku akhir walaupun tidak diletakkan sebarang harapan..dan bawah 11 kecundang pada peringkat 16 pasukan kalah mati..

Monday, August 30, 2010

anak angkat fc



semuanya bermula selepas musim bolasepak untuk sekolah rendah mssm tamat..aku dipanggil untuk menjalankan latihan bola sepak di kawasan tempat aku sendiri.sebelum aku "dilamar" oleh presiden team ni,aku slalu tengok bekas2 player aku main bola kat area kawasan aku,diorg wat training yang dikendalikan oleh Abg Jan yg merupakan pengurus pasukan AdikBeradik fc di Sg.Petani.Aku memang suka tengok budak2 main bola berbanding dengan orang2 dewasa..Aku "dilamar" untuk menjadi jurulatih masa aku pergi tengok diorang training.Presiden team tu adalah Pakcik Abd.Halim yang juga abang ipar pada Abg Jan..Pakcik Halim ni seorang penyokong kuat AdikBeradik fc..so,bermula pada petang tu jugak,aku start wat training dengan player2 team tuh..
dalam team tu,ader 2 org yg pernah bermain semasa kendalian aku..

Sudah 2 minggu training bersama player2 sebelum Pertandingan futsal bawah 12 tahun bermula.pada permulaannya,agak payah untuk aku train budak2 ni bermain futsal..futsal banyak kepada grounder ball(bola diatas tanah)..diorg dah biasa bermain cara bola sepak yang kebanyakkannya bermain secara long ball..futsal terdedah dengan short ball ataupun short passing..smggu lbey aku buat penekanan kepada futsal..hasilnya ada peningkatan yang agak memberansangkan..

pada hari pertandingan,anak angkat fc yg juga mewakili tikam batu menghantar 2 team..
anak angkat fc A dan anak angkat fc B..dan keputusan pertandingan tersebut, anak angkat fc A menjadi juara dengan mengalahkan susuk fc dari sg.petani dengan 4-1..anak angkat fc B plak, mendapat tempat ke 3 selepas kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti..dan pemain aku ,angah(berbaju belang putih hitam),dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan final,serta penjaring terbanyak dengan 13 gol...ini yang memberikan aku inspirasi untuk aku terus berkhidmat sbagai jurulatih..

Tuesday, December 8, 2009

permulaan sebagai jurulatih tidak bertauliah


aku mula berkecimpung secara tak langsung dalam bidang kejurulatihan bola sepak ni masa aku berumur 18 thun..pada masa itu aku hanya memenuhi hasrat cikgu aku untuk membimbing anak muridnya mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat pkg kota kuala muda..dengan pengalaman yang tak seberapa banyak dalam pasukan-pasukan kampung dan kolej yg aku wakili,aku mula mengajar dan melatih budak-budak sekolah rendah yang berumur 12thun ke bawah ini...baru start tak sampai 30minit,tekanan mulai terasa..bermacam-macam karenah budak-budak tuh bila disuruh buat latihan..pada masa tuh hanya Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya ati aku bila ada budak-budak nih xnk ikot arahan..lepas tuh aku trus wat xlayan kat diorg..bagi bola sebiji kat diorang dan bagi diorg main sendiri-sendiri kat tengah padang tuh..
dah macam anak-anak ayam bila diorang kejar bola yang sebiji tuh..kesian kat bola tuh..kna kjar ramai-ramai..pada masa tu nak tergelak pun ada bila ada diantara diorang yang bergaduh sebab berebut dengan pasukan masing-masing..aduh..jenuh nak kna leraikan diorang tuh..lepas tuh nak kna kjar budak merajuk lari keluar padang bila tak dapat bola..jenuh nak pujuk..dah la budak-budak..sedangkan awek sendiri pun tak dipujuk macam tuh..aduh....pening2...
so,slama hampir 2minggu budak-budak tuh dengan aku..dah smpai masa untuk aku uji barisan pemain-pemain yang bakal mewakili sekolah dan yang penting,diorang yang bakal menunjukkan sesuatu samaada aku layak atau gagal untuk jadi jurulatih..so,,satu friendly game telah aku aturkan dengan team budak-budak kampung yg berdekatan yang rata-ratanya berumur 13tahun...so,keputusan ari tuh budak-budak aku neh dibelasah beramai-ramai 5-0 dalam perlawanan yang tak sampai setengah jam...itulah keputusan kali pertama dalam sejarah pembabitan aku dalam bidang jurulatih bolasepak ni..
so,aku blek dan wat post mortem saat-saat akhir untuk perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada..dan aku apply bila dalam training...
bila tiba hari yang ditunggu..PERTANDINGAN BOLASEPAK BAWAH 12TAHUN MSSK PERINGKAT PKG KOTA KUALA MUDA TAHUN 2004..aduh...semalaman aku tak tido lena bila pkir pasal budak-budak neh..macam aku plak yang nak main...aku pun xtaw knapa aku ada perasaan macam tuh..bila dah start game...tangan aku tak berenti nak tulis macam-macam taktikal yang ada dalam kepala otak aku nih...bila abes semua game...dengan keputusan perlawanan...dengan 5kali perlawanan...dengan keputusan 1 kali menang 1-0, dengan 4 kali seri 0-0..dengan jumlah jaringan 1,bolos 0,mata 3..team diorang berjaya di tempat ke3 dlm peringkat kumpulan..dan xlayak untuk masuk pusingan ke2...cuma bila melihat gaya permainan, keputusan perlawanan,budak-budak aku dipuji bila diberitahu mereka digeruni oleh penyerang pihak lawan...diorang memiliki pertahanan yang kental...cuma kureng dari segi serangan...
huhuh..ari tuh aku pun xtahu apa penilaian orang sekeliling tentang persembahan budak-budak tuh...yg pasti aku melangkah keluar dari padang dengan secebis senyuman yang dipenuhi dengan harapan yang aku akan melangkah ke alam bidang kejurulatihan bola sepak pada msa akan datang..