Monday, August 30, 2010

anak angkat fc



semuanya bermula selepas musim bolasepak untuk sekolah rendah mssm tamat..aku dipanggil untuk menjalankan latihan bola sepak di kawasan tempat aku sendiri.sebelum aku "dilamar" oleh presiden team ni,aku slalu tengok bekas2 player aku main bola kat area kawasan aku,diorg wat training yang dikendalikan oleh Abg Jan yg merupakan pengurus pasukan AdikBeradik fc di Sg.Petani.Aku memang suka tengok budak2 main bola berbanding dengan orang2 dewasa..Aku "dilamar" untuk menjadi jurulatih masa aku pergi tengok diorang training.Presiden team tu adalah Pakcik Abd.Halim yang juga abang ipar pada Abg Jan..Pakcik Halim ni seorang penyokong kuat AdikBeradik fc..so,bermula pada petang tu jugak,aku start wat training dengan player2 team tuh..
dalam team tu,ader 2 org yg pernah bermain semasa kendalian aku..

Sudah 2 minggu training bersama player2 sebelum Pertandingan futsal bawah 12 tahun bermula.pada permulaannya,agak payah untuk aku train budak2 ni bermain futsal..futsal banyak kepada grounder ball(bola diatas tanah)..diorg dah biasa bermain cara bola sepak yang kebanyakkannya bermain secara long ball..futsal terdedah dengan short ball ataupun short passing..smggu lbey aku buat penekanan kepada futsal..hasilnya ada peningkatan yang agak memberansangkan..

pada hari pertandingan,anak angkat fc yg juga mewakili tikam batu menghantar 2 team..
anak angkat fc A dan anak angkat fc B..dan keputusan pertandingan tersebut, anak angkat fc A menjadi juara dengan mengalahkan susuk fc dari sg.petani dengan 4-1..anak angkat fc B plak, mendapat tempat ke 3 selepas kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti..dan pemain aku ,angah(berbaju belang putih hitam),dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan final,serta penjaring terbanyak dengan 13 gol...ini yang memberikan aku inspirasi untuk aku terus berkhidmat sbagai jurulatih..